PROGRAM DAN AKTIVITI YAKIN

Terdapat beberapa program bermusim yang dijalankan oleh YAKIN seperti Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bantuan Hari Raya Aidilfitri, dan Bantuan Persekolahan.

 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

 Tujuan

– Menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak India Muslim di seluruh Malaysia yang mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan STPM, STAM, SPM, PMR/PT3 dan UPSR. Mereka merupakan permata bangsa yang akan digilap bagi menjadi pemimpin pada masa hadapan. Menyedari hakikat itu, YAKIN dan KIMMA akan terus memberi perhatian yang khusus terhadap perkembangan pendidikan anak-anak India Muslim.

– Majlis ini juga adalah sebagai galakan kepada masyarakat India Muslim terutama ibu bapa agar menekankan aspek pembelajaran kepada anak-anak mereka terutama dari segi akademik dan agama, Akademik dan agama perlu berjalan seiring bagi memupuk nilai-nilai murni di kalangan anak-anak terutama di kalangan India Muslim. Setiap Kejayaan yang dicapai amat penting bagi pembangunan Negara, Bangsa dan Agama

 

Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Pihak YAKIN akan menganjurkan program Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun di bulan Ramadhan bagi memberikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tujuan

– Merapatkan bagi hubungan kerjasama golongan masyarakat India Muslim serta mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain

Matlamat

– Meringankan beban dan membantu golongan miskin, saudara baru dan ibu tunggal untuk menyambut Aidilfitri

 

Bantuan Sekolah

Tujuan

– Meingankan beban ibu bapa yang berpendapan rendah dan yang mempunyai tanggungan yang ramai

– Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

Matlamat

– Meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan

– Memberi semangat kepada anak-anak untuk ke sekolah

Print Friendly