PROFIL

Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) ialah sebuah pertubuhan yayasan (foundation) yang ditubuhkan pada 24 Januari 2011 oleh YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader dan dirasmikan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Oktober 2011.

YAKIN menjalankan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun. Aktitviti utama YAKIN adalah memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan daripada golongan India Muslim khususnya dan golongan Islam secara amnya. Bantuan ini termasuklah bantuan kebajikan, bantuan banjir, sara hidup, yuran pendaftaran IPTA/IPTS, perubatan/kesihatan dan lain-lain. Selain daripada itu, YAKIN turut memberikan sumbangan bantuan kepada badan-badan NGO,  persatuan dan madrasah bagi menjalankan program-program kemasyarakatan dan keagamaan. YAKIN juga bekerjasama dengan Biro Pendidikan KIMMA (EduKIMMA) bagi menjalankan program kelas tuisyen percuma, pemberian buku rujukan percuma bagi 5 subjek UPSR, PT3 dan SPM, kem motivasi, bengkel-bengkel menjawab soalan peperiksaan dan banyak lagi.

Ibu Pejabat YAKIN beralamat di No. 77-1, Tingkat 1, Medan Sri Bunus, Off Jalan Masjid India 50100 Kuala Lumpur. Permohonan bantuan daripada individu tidak lagi dilakukan di Ibu pejabat YAKIN. Semua pemohon bantuan individu seperti bantuan kebajikan, bantuan pendidikan dan bantuan perubatan kini perlu menghubungi Ketua Biro Kebajikan Negeri yang telah dilantik. Perubahan ini dilakukan bagi memudahkan pemohon membuat permohonan di mana mereka tidak perlu lagi bergerak jauh untuk mandapatkan bantuan.

Print Friendly, PDF & Email