Perutusan Jilid 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA SUCI LAGI MAHA KUASA…
WAHAI INSAN BUDIMANDARI MASYARAKAT YANG GEMILANG!
WAHAI GOLONGAN BERIMAN YANG MENCINTAI ISLAM!
SALAM HORMAT. SEMOGA SENTIASA HIDUP AMAN & DAMAI BERKAT RAHMAT DAN HIDAYAH ALLAH SWT!

 

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian!

Bulan Ramadhan yang mulia telahpun pergi meninggalkan kita. Hari Raya Aidilfitri juga telah kita sambut dengan gembira. Kini kita tela kembali ke kehidupan yang seharian yang penuh dengan kesibukan mencari rezeki duniawi. Seorang Muslim tidak seharusnya hidup dengan hanya mementingkan diri sendiri. Tidak hanya hidup dengan keluarga, kerjaya dan sanak-saudara dalam linkungan kehidupan yang kecil. Seorang Muslim yang sebenar sewajarnya terdiri dari insan yang hidup bermasyarakat berlandaskan prinsip Islamiah demi perpaduan Ummah dan kemajuan negara. Mereka ini akan sentiasa melibatkan diri & berkecimpung di dalam segala usaha, program, muzakarah, dan melaksanakan tanggungjawab demi kejayaan agama, bangsa dan tanahair.

 

Para sahabat Nabi Muhamad SAW telah melibatkan diri di dalam aktiviti khidmat masyarakat tanpa mengira status dan darjat serta kekayaan. Al-Quran menyebut bahawa, “kita seharusnya sentiasa membuat kebaikan dan bantu-membantu sesame sendiri, nescaya Allah Swt merahmati golongan sedemikian”. Sabda Rasulullah SAW pula, “membantu golongan fakir miskin dan yang memerlukan dengan menaik taraf kehidupan mereka ke tahap yang lebih maju adalah bersamaan dengan berperang & berjihad ke jalan Allah SWT”.

 

Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan gambaran yang jelas dan nyata terpuji adalah mereka yang berkhidmat demi kemajuan sesebuah golongan atau masyarakat”. Sesiapa yang berkhidmat kepada masyarakat secara ikhlas merupakan seorang yang beriman di sisi Allah Swt. Sikap suka memberi makanan kepada mereka yang kelaparan, memberi minuman kepada mereka yang dahaga, memberi pakaian kepada mereka yang yang tidak mempunyai pakaian, memberi pendidikan kepada mereka yang jahil dan menunjukan jalan kepada mereka yang sesat merupakan sikap yang mulia. Mengalihkan batu, duri atau cermin pecah yang menghalang lalulintas adalah perbuatan yang disanjung tinggi. Islam pula menganggap sikap bantu-membantu sesama manusia, sama tarafnya seperti menghulurkan bantuan kepada Tuhan maha esa.

 

Berniaga dan bekerja kuat akan membantu membangunkan individu dengan memberikannya kekayaan & pujian di sisi masyarakat setempat. Tetapi sekiranya individu tersebut berkecimpung di dalam aktiviti khidmat masyarakat di peringkat madrasah, masjid, persatuan, pertubuhan atau KIMMA, maka darjatnya akan menjadi lebih tinggi di sisi Allah Swt. Individu tersebut akan beroleh kejayaan di dunia & di akhirat. Apabila kepentingan hidup bermasyarakat membelakangi kepentingan diri sendiri maka kehidupan tersebut akan menjadi lebih mulia dan bermakna serta bakal mendapat rahmat Allah Swt.

 

Kita tidak perlu memberi penjelasan mengenai golongan yang mementingkan diri sendiri kerana kebanyakan kita lebih mementingkan diri sendiri dari hidup memberi keutamaan kepada kehidupan bermasyarakat. Kebanyakan kita lebih mengharapkan faedah yang bakal diperolehi daripada penglibatan di dalam pertubuhan-pertubuhan tertentu. Adalah sesuatu yang waras bahawa setiap insan berhak mendapat faedah dari setiap pekerjaan yang dilaksanakan tetapi bukan semua perkara boleh diharapkan faedah atau pulangannya. Ini adalah kerana bagi seseorang muslim yang sebenar faedah yang diperolehi di dunia sahaja tidak memadai malah pahala yang bakal diperoleh di akhirat kelak adalah yang lebih afdal dan terpuji.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti khidmat masyarakat, agama, dan politik, mereka bukan dari golongan (muslim) tersebut”. Sila perhatikan ketegasan di dalam sabda Rasulullah SAW itu tadi. Ianya juga merupakan satu amaran kepada kita semua. Kewajipan seorang Muslim bukan berakhir dengan hanya menjalankan ibadah seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Tetapi harus diingat setiap insan Muslim mempunyai kewajipan terhadap bangsa dan negara.

 

Politik merupakan medan atau ‘platform’ yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Penglibatan di dalam arena politik akan memberi pengiktirafan dan peluang kepada kita semua. Tumpuan dan perhatian kerajaan juga akan semakin bertambah dan pandangan serta masyarakat status masyarakat India Muslim di negara kita. Mungkin suatu masa dahulu, KIMMA dianggap tidak penting dan tidak berfaedah kepada sesiapapun. Tetapi dengan rahmat & hidayah Allah swt, kini KIMMA sedang gah berdiri di bawah kepimpinan saya. KIMMA sedang pesat membangun dan mencipta sejarah tersendiri di persada politik tanahair. Segala pelaksanaan plan tindakan KIMMA dijalankan dengan penuh berhemahdan wasatiyah. Mungkin banyak yang telah diketahui anda & mungkin banyak juga yang belum hinggap ke pengetahuan anda semua. Banyak lagi perkara yang akan anda ketahui apabila anda semua menyertai KIMMA dan berkhidmat untuk kemajuan masyarakat India Muslim Malaysia? Cuba dahulu saudara-saudara sekalian!

 

KIMMA menganggap agama dan politik sebagai kedua-dua mata. Kami tidak pernah menjalankan aktiviti politik dengan meninggalkan kepentingan agama islam. KIMMA akan sentiasa mengikut jejak langkah Nabi Muhamad SAW dan para sahabat dalam memacu perjalanan di arena politik tanahair. Politik tidak sepatutnya dihindarkan sama sekali walaupun terdapat unsur negatif dikaitkan dengan bidang tersebut. Adalah tidak wajar ianya dipinggirkan hanya kerana perbuatan segelintir manusia yang mengamalkan politik politik secara tidak berhemah. Politik adalah penting untuk mencapai matlamat dan memenuhi hak serta kepentingan masyarakat pada masa kini. Kita tidak hanya perlu mempunyai sokongan dari persatuan tetapi kekuatan politik adalah sangat penting untuk pembangunan sesebuah masyarakat. Perkara ini telah lama disedari oleh masyarakat dan bangsa lain. Mereka mempunyai parti politik masing-masing untuk menyuarakan hak mereka. Tetapi apa yang menyedihkan kita, masih terdapat ramai warga India Muslim di negara ini, jahil mengenai kepentingan politik kepada mereka. Apa yang begitu merunsingkan mereka? Mengapa KIMMA dianggap sesuatu yang memahitkan? Tidakkah kita sedar bahawa banyak kebaikan dari segi perubatan di dalam kepahitan itu.

 

Wahai saudara-saudari sekalian! Sekiranya kita tidak mengambil peluang yang ada sekarang, maka gelaplah masa depan generasi akan dating. Sesebuah kerajaan atau parti politik hanya akan dinilai melalui jumlah pengundi yang ramai. Barulah segala kemahuan kita akan didengari dan depenuhi serta dihormati kerajaan. Kita dapat hidup sebagai satu masyarakat yang maju dan bermaruah dengan memiliki tahap pendidikan & kemajuan yang tinggi.

 

Marilah bersama sertai KIMMA! Serulah rakan-rakan dan kaum keluarga agar menyertai KIMMA beramai-ramai! KIMMA adalah milik kita bersama dan bukannya milik individu. Jika terdapat sebarang kesilapan atau kealpaan di dalam pentadbiran & pengurusan pada masa lalu, saya memohon ampun dan maaf bagi pihak seluruh warga KIMMA. Bak kata pepatah ‘Buang yang keruh,ambil yang jernih’. Saya mengharapkan lebih ramai warga India Muslim Malaysia akan tampil menyertai KIMMA supaya dapat menggunakan peluang yang ada dengan berkhidmat kepada masyarakat demi pembangunan & kemajuan agama, bangsa dan tanahair.

 

Beraki-rakit dahulu,berenang-renang ketepian; Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. In Sha Allah!

Print Friendly