Perutusan Jilid 1

PERUTUSAN DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER

SALAM IKHLAS. WAHAI MASYARAKAT GEMILANG DAN BERPEMIKIRAN ULUNG YANG DIKASIHI

 

Islam merupakan Aset dan hikmah yang paling bernilai di dalam kehidupan kita. Ianya merupakan kurniaan Allah SWT yang paling berharga. Islam bukan sahaja agama yang pintar, malah merupakan agama yang mengandungi budaya indah dan aman sentosa yang memupuk ukhwah sesame insan. Keamanan, kedamaian, persaudaraan dan berperikemanusian merupakan konsep utama agama Islam. Nabi Muhammad SAW, pesuruh Allah merupakan rahmat seluruh alam malah turut menjadi contoh tauladan dan model dalam semua bidang.

 

Al-Quran dan As- Sunnah bukan sahaja sumber panduan malah menjadi landasan kehidupan kita. Nabi SAW menjalankan kegiatan dakwah selama hidup baginda di Kota Mekah. Baginda tidak berpeluang untuk berpolitik di sana. Tetapi penglibatan baginda di bidang politik telah bermula sejak awal kehidupan baginda di Madinah. Masjid Nabawi bukan sahaja berfungsi sebagai pusat perkembangan Islam dan sahsiah malah melahirkan kepimpinan yang tidak tertanding di bidang politik. Semua yang telah mengkaji sejarah Islam mengetahui akan perkara ini. Tugas Rasullah SAW sentiasa berhubung kait dengan politik dan keagamaan. Baginda berkhidmat kepada masyarakat berlandaskan kedua-dua factor tersebut dan mengajak sahabt menjejaki langkah yang sama.

 

Sifat masyarakat Madani harus kita jadikan sebagai contoh teladan kerana ianya merupakan model masyarakat yang berjaya walaupun ditelan zaman. Masyarakat Madani merupakan golongan yang hanya mementingkan perpaduan dan tidak pernah memberi laluan kepada kepentingan diri sendiri. Sifat toleransi dan bersifat mulia merupakan kunci kejayaan masyarakat tersebut.

 

Perpaduan berasaskan Al-Quran, pekerjaan yang beramanah, kekayaan hasil kerja kuat, perpaduan yang teguh, tidak bersifat munafik, menegakkan syiar Islam, berani menegakkan kebenaran dan berkasih sayang merupakan sifat-sifat yang ditinggalkan oleh masyarakat tersebut untuk dicontohi generasi seterusnya.

 

Wahai masyarakat India Muslim Malaysia yang disanjungi. Janganlah berpaling tadah apabila disebut mengenai politik. Politik yang berhemah adalah diharuskan oleh Islam. Ianya diseru di dalam Al-Quran. Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S merupakan insan yang telah menjadi pesuruh Allah dan juga pemimpin tertinggi kerajaan di era masing-masing. Politik adalah kekuatan dan medan yang terbaik untuk menegakkan hak yang batil dan mencapai kemajuan serta menjaga kebajikan masyarakat. Perkara ini telahpun terbukti dengan pengalaman yang kita perolehi dewasa ini. Kita tidak dapat menafikan bahawa sejak kebelakangan ini kerajaan sentiasa memandang tinggi pencapaian masyarakat kita dan secara langsung memenuhi sedikit sebanyak keperluan serta hak kita. Ini adalah kerana pengiktirafan yang kita perolehi di dalam bidang politik hasil dari parti keramat yang kita warisi. Harus diingat bahawa segala pengiktirafan dan keistimewaan yang diperolehi kaum-kaum lain di negara ini adalah kerana kekuatan mereka di arena politik negara.

 

Janganlah menganggap ahli KIMMA sebagai orang asing. Mereka juga warga masyarakat India Muslim kita, yang merupakan saudara kita, orang kita. Satu-satunya parti politik yang menjadi sandaran dan pelindung kita adalah KIMMA, Sejak kebelakangan ini, segala keperluan masyarakat kita dari segi pendidikan, ekonomi, keagamaan dan kebajikan telah banyak kita penuhi. Ramai pelajar India Muslim telah mendapat manfaat dari pelbagai prasarana yang disediakan kerajaan hasil usaha KIMMA. Pelbagai plan tindakan telah disusun rapi demi pembangunan dan kemajuan masyarakat kita pada masa hadapan.

Pembukaan kedai ‘HALAL MART’ merupakan usaha terkini KIMMA yang akan memberi faedah kepada golongan anak muda India Muslim agar dapat melakar kejayaan di bidang perniagaan dan keusahawanan. Pelbagai pihak termasuk golongan lajar, pemuda, warga emas, wanita dan golongan yang memerlukan telah mendapat perhatian sewajarnya. Banyak lagi plan tindakab yang sedang giat dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

 

Wahai golongan yang beriman.

Pengiktirafan yang diperoleh KIMMA merupakan satu peluang keemasan kepada masyarakat kita. Pemimpin KIMMA sentiasa bergiat aktif secara sepenuh masa di dalam arena politik tanahair dan sentiasa mengabdikan diri demi kepentingan masyarakat. Ibu Pejabat KIMMA sedang berfungsi dengan sistematik dan teratur sepanjang masa, Semua keperluan masyarakat sentiasa mendapat perhatian Ibu Pejabat KIMMA. Hanya satu permintaan KIMMA kepada anda semua yang mencintai agama dan mementingkan kebajikan masyarakat. Cintai KIMMA. Sedarikan kebesaran dan kepentingan KIMMA.

 

Sertailah KIMMA.KIMMA adalh parti untuk kita semua demi memenuhi kebajikan dan kepeerluan masyarakat India Muslim Malaysia. Pintu KIMMA sentiasa terbuka kepada semua. Ia merupakan hak kita bersama. Sila dekati dan panjatkan permasalahan anda. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala keperluan masyarakat setakat yang mampu. Islam menyarankan kita agar bersifat terbuka dan jujur dalam memenuhi dan mencari penyelesaian kepada segala tuntutan dan keperluan masyarakat. Adalah menjadi visi dan misi kita agar masyarakat kita dapat bersaing dengan penuh berhemah dalam memenuhi tuntutan zaman di negara ini dan menjadi masyarakat contoh yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita bukan hamba kepada sesiapa. Kita akan sentiasa mengamalkan sikap adil dan membentuk masyarakat yang mementingkan kesaksamaan. Kita akan berjuang demi keamanan, kedamaian dan menjaga tali silaturahim di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. marilah kita berjuang bersama-sama bagi mencapai matlamat kita demi agama, bangsa dan tanahair yang kita cintai. Semoga Allah akan memberkati segala usaha kita.

 

IN SHA ALLAH

Print Friendly