MATLAMAT

  1. Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan disebabkan oleh faktor usia yang telah lanjut, masalah kesihatan, kurang bernasib baik atau lemah yang tidak mampu untuk menampung kehidupan sendiri dan tanggungan mereka dengan keupayaan mereka sendiri terutamanya anak yatim, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, kelaparan, malapetaka atau bencana alam dan golongan yang memerlukan sokongan moral atau pemulihan sosial atau bantuan kebajikan.
  2.  Memberikan sumbangan kepada institusi atau organisasi seperti madrasah, surau atau badan-badan NGO serta menganjurkan, menjalankan dan membantu skim-skim atau aktiviti bagi mengurangkan penderitaan, meningkatkan taraf hidup atau program-program belia, motivasi dan kemahiran.
  3.  Memupuk, membangun dan meningkatkan pelbagai bidang pendidikan yang menepati perundangan pendidikan Malaysia seperti memberikan bantuan persekolahan, bantuan pembayaran yuran kemasukan ke Insitut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, kolej, politenik atau matrikulasi, dan sumbangan bagi Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
  4.  Membantu dan membangun masyarakat yang kurang berkemampuan serta yang memerlukan bantuan demi memastikan kadar sifar kemiskinan di Malaysia.
Print Friendly