DEWAN YAKIN (Dewan Kavinyer Seeni Naina Mohammed)

Dewan YAKIN merupakan dewan serbaguna yang ditubuhkan oleh YB Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Bin Kader, Pengerusi YAKIN pada Disember 2014 dan dewan ini terletak bersebelahan dengan ibu pejabat YAKIN. Dewan ini dapat memuatkan seramai 100-150 orang sekali jika susunan dalam kedudukan teater. (Kerusi sahaja)

IMG_4489

PERMOHONAN DAN KELULUSAN PENGGUNAAN DEWAN YAKIN ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN DAN KELULUSAN DARI PENGERUSI YAKIN

 

Permohonan dari Badan Kerajaan/Badan Swasta/NGO/Persatuan/Masjid/Madrasah atau mana-mana organisasi mestilah sertakan dokumen berikut :

  • Surat rasmi menggunakan letterhead organisasi bagi memohon menggunakan dewan yang menyatakan tarikh, masa, tujuan dan jumlah kehadiran majlis
  • Salinan kad pengenalan pemohon/wakil sah organisasi

Permohonan individu/persendirian mestilah sertakan dokumen berikut :

  • Surat permohonan menggunakan dewan yang menyatakan tarikh, masa tujuan dan jumlah kehadiran majlis
  • Salinan kad pengenalan pemohon

KADAR SEWA

  • Kadar sewa dewan adalah sebanyak RM 300.00 untuk 3 jam yang pertama dan bayaran untuk penggunaan selama 8 jam adalah RM600.00 serta RM100.00 untuk tambahan setiap jam seterusnya
  • Kadar sewa ini termasuk dengan kelengkapan meja, kerusi, ‘Basic P.A System dan 4 Cordless Mic. (Peralatan tambahan akan dicaj boleh dirujuk ketika mengisi ‘ Borang permohonan Dewan YAKIN ‘ )
  • Bayaran penuh wajib dibayar 3 minggu (21 hari) majlis tersebut beserta ‘‘Refundable Security Deposit’ sebanyak 00
  • Refundable Security Deposit’ sebanyak 00 akan dikembalikan sekiranya tiada sebarang kerosakan peralatan atau kekotoran atau kerosakan , pihak YAKIN akan memotong kos membaiki atau pembersihan dari ‘Refundable Security Deposit’. Sekiranya kos tersebut lebih dari RM500.00 pihak YAKIN berhak membuat tuntutan kos tersebut dari pemohon.
  • Sekiranya pemohon ingin membatalkan tempahan dewan, sila maklumkan secara bertulis kepada YAKIN selewat-lewatnya 2 minggu (14hari) sebelum majlis untuk mendapatkan kembali bayaran penuh. Jika gagal berbuat demikian, bayaran tidak akan dikembalikan.

 

Tempahan Makanan

Tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Penyewa boleh mendapatkan khidmat penyediaan makanan dari salah satu panel caterer dewan seperti berikut :

  •  Khalifah Caterer
  • Hidayah Maju Caterer
  • ABC Caterer

 

Print Friendly