BAS YAKIN

YAKIN memiliki sebuah bas yang boleh digunakan oleh komuniti India Muslim bagi menjalankan aktiviti atau program kebajikan, lawatan sambal belajar, kursus motivasi, program sukan, sosial dan lain-lain oleh badan-badan NGO, Masjid, Surau dan Madrasah.

 

Permohonan penggunaan bas boleh dibuat dengan mengisi ‘Borang Permohonan Penggunaan Bas YAKIN’ yang boleh didapati di Ibu Pejabat YAKIN. Setiap penggunaan Bas YAKIN adalah tertakluk kepada Kelulusan Pengerusi YAKIN dan kekosongan yang ada pada tarikh yang dipohon. Tidak semua permohonan akan diluluskan.

 

 

PERMOHONAN PENGGUNAAN BAS YAKIN

 

Syarat-syarat permohonan

 

Mengisi ‘Borang Permohonan Penggunaan Bas YAKIN’ beserta dokumen yang berkaitan.

Menyerahkan borang kepada Yayasan Kemajuan Islam Nasional selewat-lewatnya lima belas (15) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan bas.

 

  • Permohonan dari Badan Kerajaan/ Badan Swasta/ NGO/ Persatuan/ Masjid/ Madrasah atau mana-mana organisasi mestilah sertakan surat rasmi menggunakan letterhead organisasi bagi memohon menggunakan perkhidmatan Bas YAKIN yang menyatakan :
  • Tarikh penggunaan
  • Masa Penggunaan
  • Tempat berkumpul
  • Destinasi dituju
  • Tujuan penggunaan bas

 

Penggunaan Minyak dan Tol

Bayaran pendahuluan bagi Tol dan Minyak harus dibuat sebelum penggunaan Bas YAKIN dan sebarang wang lebihan akan dipulangkan kepada pihak rombongan semula selepas tamat penggunaan Bas YAKIN. Pihak YAKIN akan mengenakan caj minyak sebanyak RM 1.20/km mengikut     mileage jarak perjalanan.

Bayaran gaji pemandu Bas YAKIN

Bayaran sebanyak RM180 setiap hari dikenakan untuk 8 jam pertama dan bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap 1 jam sekiranya penggunaan bas ini melebihi 8 jam yang pertama (Overtime Driver).

Pemandu Bas

Penginapan (jika penggunaan Bas Yakin lebih dari satu hari), makan dan minum bagi pemandu bas adalah ditanggung oleh pihak rombongan itu sendiri.

 

  • Kebersihan
  • Mohon keprihatinan dan jasa baik pihak rombongan agar sentiasa menjaga kebersihan Bas YAKIN
  • Bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi mencuci bas.
  • Pihak YAKIN akan mengenakan caj tambahan jika kami medapati kebersihan Bas YAKIN tidak dijaga

 

Pembatalan Penggunaan Bas YAKIN

Sekiranya pemohon ingin membatalkan tempahan penggunaan Bas YAKIN, sila maklumkan secara bertulis kepada pihak YAKIN selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penggunaan Bas YAKIN

Setiap bayaran penggunaan bas YAKIN perlu dibayar sebelum tarikh penggunaan bas YAKIN dan sebarang wang lebihan akan dipulangkan kepada pihak rombongan setelah tamat penggunaan bas YAKIN.

 

Dokumen yang wajib disertakan :

  • Surat permohonan penggunaan bas
  • Surat pengesahan lawatan dari Presiden / Pengerusi pertubuhan
  • Salinan kad pengenalan Pengerusi / Presiden pertubuhan
  • Salinan kad pengenalan Ketua Rombongan
  • Senarai nama peserta rombongan beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon pewaris untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
Print Friendly