PERUBATAN

 

Bantuan Perubatan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kecemasan dan bukan kecemasan.

 

Bantuan perubatan kecemasan

Bantuan ini diberikan kepada individu yang sedang menjalani rawatan di hospital dan juga individu yang memerlukan bantuan bagi membekalkan ubat atau peralatan untuk menjalani pembedahan dan rawatan segera (pemohon masih berada di hospital dan wakil pesakit boleh datang terus ke Ibu Pejabat YAKIN bagi mewakili pesakit).

 

Bantuan perubatan bukan kecemasan

Bantuan ini dikategorikan bagi pemohon yang sakit tetapi tinggal di rumah dan memerlukan bantuan bagi menjalani rawatan susulan di hospital atau pembayaran bagi bil rawatan tertunggak, membeli ubat-ubatan, kerusi roda dan lain-lain. Pesakit mestilah membuat permohonan bantuan melalui Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri dengan mengisi Borang Skim Bantuan YAKIN.

 

Print Friendly