PENDIDIKAN

BANTUAN PENDIDIKAN

YAKIN memberikan bantuan bayaran yuran pendaftaran ke IPT Awam kepada anak-anak India Muslim daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Cara Memohon :

Pelajar atau ibu bapa pelajar boleh mengemukakan permohonan di Pejabat KIMMA Negeri atau menghubungi Pengerusi KIMMA Negeri atau Ketua Biro Kebajikan Negeri. Pemohon mesti menyediakan semua dokumen dengan lengkap apabila membuat permohonan.

SYARAT BANTUAN PENDIDIKAN :

1. Pemohon berketurunan India Muslim.
2. Warganegara Malaysia.
3. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3,000.00
4. Kemasukan ke IPT Awam  sahaja.
5. Pengajian sepenuh masa.
6. Pengajian peringkat Asasi, Matrikulasi , Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja (Ijazah Sarjana dan PHD tidak diterima)
7. Bantuan diberikan bagi yuran pendaftaran semester pertama sahaja.
8. Yuran pendaftaran yang masih belum dibayar sahaja. Permohonan untuk claim yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dilayan.

JUMLAH BANTUAN

YAKIN memberikan bantuan bayaran mengikut jenis pengajian yang diambil seperti berikut :

1. Asasi atau Matrikulasi – RM500.00

2. Politeknik – RM500.00

3. IPT Awam – Diploma -RM700.00

4. IPT Awam – Ijazah Sarjana Muda – RM1,000.00

Dokumen yang WAJIB dilampirkan :

1. 1 salinan bagi setiap kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga ;

2. 1 salinan kad pelajar, anak-anak dan semua tanggungan;

3. 1 salinan surat tawaran kemasukan belajar;

4. 1 salinan maklumat pembayaran – pecahan pembayaran;

5. 1 salinan pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga; seperti slip gaji, slip pencen surat pengesahan gaji daripada Pengerusi KIMMA Negeri atau income tax ibu dan bapa;

6. 1 salinan pengesahan pendapatan seperti slip gaji, slip pencen, surat pengesahan gaji daripada Pengerusi KIMMA Negeri atau income tax ahli keluarga yang bekerja tinggal serumah;

7. 1 salinan keputusan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma;

8. 1 salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian ibu bapa (yang berkaitan);

9. 1 salinan kad memeluk Islam (bagi muallaf);

 

Print Friendly, PDF & Email