KEBAJIKAN

Bantuan kebajikan yang diberikan YAKIN bertujuan untuk meringankan bebanan golongan yang kurang berkemampuan disebabkan kehilangan punca pendapatan, kematian, perceraian, bencana alam dan lain-lain. Bantuan kebajikan YAKIN diberikan melalui 2 kaedah iaitu bayaran sekali sahaja atau secara bulanan. Pihak YAKIN kebiasaannya hanya memberikan bantuan bayaran sekali sahaja bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi pemohon.

Namun yang demikian, sekiranya pihak YAKIN mendapati terdapat kes-kes yang memerlukan pemohon dibantu setiap bulan untuk tempoh yang singkat, pihak YAKIN akan memberikan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dapur. Pihak YAKIN hanya membantu golongan yang benar-benar berada dalam keadaan yang susah dan bukan menyelesaikan hutang individu. Ini adalah kerana dana YAKIN adalah terhad dan kami perlu memanfaatkan dana tersebut dengan sebaiknya.

Pihak YAKIN akan menjalankan siasatan kepada setiap permohonan bantuan. Sekiranya kes-kes pemohon boleh dirujuk kepada Badan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat atau Baitulmal, pihak YAKIN akan menyarankan pemohon untuk membuat permohonan di sana.

 

Justeru, dijelaskan juga bahawa pemohon yang berhasrat untuk membuat permohonan perlulah merujuk kepada Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Negeri masing-masing dengan melengkapkan Borang Skim Bantuan YAKIN di samping tindakan siasatan harus dijalankan oleh Pegawai Siasatan yang telah dilantik sebelum dihantar semula ke Ibu pejabat YAKIN untuk tindakan selanjutnya.

Pemohon wajib menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dengan mendapat pengesahan daripada Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri bahawa beliau merupakan ahli KIMMA yang berdaftar dan masih aktif.

 

PROSES PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN MELALUI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN KIMMA NEGERI

 

process-kebajikan

 

 

SEGALA KEPUTUSAN DARIPADA PIHAK YAKIN ADALAH MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN OLEH MANA-MANA PIHAK

 

Print Friendly