KEAGAMAAN, BADAN NGO, MADRASAH, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN

Selain daripada bantuan kepada individu dan keluarga seperti di atas, YAKIN juga memberikan bantuan kepada madrasah, surau, badan NGO, persatuan, organisasi dan banyak lagi. Bagi bantuan untuk menjalankan program, pihak YAKIN memerlukan kertas kerja untuk menyemak kepentingan program yang akan dijalankan oleh pertubuhan tersebut dan kos yang terlibat. Setiap program yang ingin dijalankan mestilah boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada duniawi atau ukhrawi, memberikan motivasi, meningkatkan kemahiran, memberikan kecerdasan dan kecergasan atau memberikan manfaat kepada komuniti.

 

PROSEDUR PERMOHONAN PERUNTUKKAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM/ AKTIVITI BADAN NGO, MADRASAH DAN PERSATUAN

 

  1. Penyediaan kertas kerja program beserta dokumen berkaitan & surat permohonan dana oleh Pengerusi KIMMA Negeri/ NGO.
  2. Permohonan yang telah lengkap mestilah dihantar kepada Pengerusi KIMMA Negeri untuk diteliti dan mendapat cop pengesahan
  3. Permohonan yang telah disahkan oleh Pengerusi KIMMA Negeri mestilah dihantar kepada Ibu Pejabat YAKIN sebulan sebelum tarikh program.
  4. Cek bayaran akan dihantar ke pejabat negeri.(Attn Pengerusi Negeri)
  5. Permohonan yang diluluskan akan diserah kepada jabatan akaun untuk penyediaan cek (cek dibuat atas nama KIMMA Negeri/persatuan/ pertubuhan. Tidak boleh disalur ke dalam akaun individu atau tunai.(Cek akan dibuat jika telah ditetapkan tarikh & tempat program dijalankan )
  6. Pengerusi YAKIN akan meneliti dan mempertimbangkan permohonan dana sebelum memberi kelulusan(Setelah mendapat kelulusan/kebenaran baru dibenarkan untuk buat program tersebut)

 

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pihak YAKIN akan memaklumkan secara bertulis.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN PERUNTUKAN MENJALANKAN SESUATU PROGRAM

 

  1. Kertas kerja program. (tujuan, matlamat, tarikh, tempat dan sebagainya)
  2. Surat permohonan sumbangan yang telah disahkan oleh Pengerusi KIMMA Negeri
  3. Penyata akaun bank terkini.
  4. Anggaran perbelanjaan bagi program tersebut
  5. Senarai nama kehadiran atau senarai penerima sumbangan bagi program tertentu.

 

Setiap permohonan dana mestilah mendapat kelulusan Ibu Pejabat YAKIN terlebih dahulu sebelum membuat sebarang persiapan program.

Bagi bantuan untuk pentadbiran atau pembinaan dan naiktaraf bangunan, pihak YAKIN memerlukan kertas kerja untuk memastikan peralatan, barangan, serta kepentingan dan kegunaan barang-barang yang dibeli dan kos-kos yang terlibat adalah relevan.

Print Friendly