BANTUAN

Bermula pada tahun 2011 sehingga Ogos 2012, YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader telah menetapkan setiap hari Khamis sebagai ‘Hari Bertemu Masyarakat’ di mana individu atau keluarga India Muslim yang berada dalam keadaan susah dan memerlukan bantuan boleh datang ke Ibu Pejabat YAKIN bagi mengadu masalah mereka dan pihak YAKIN akan cuba menyelesaikan permasalahan mereka sama ada dari segi kewangan, kesihatan, kaunseling, peralatan ataupun sokongan. Pemohon bantuan akan diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan permohonan mereka untuk tujuan siasatan pihak YAKIN dan bagi memastikan setiap permohonan bantuan adalah tulen.

 

Bermula September 2012, YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader telah menubuhkan pejabat YAKIN di setiap negeri. Oleh yang demikian, semua permohonan untuk mendapatkan Bantuan Kebajikan dan Bantuan Perubatan mestilah dibuat melalui pejabat YAKIN negeri. Hanya permohonan Bantuan Pendidikan dan Bantuan Perubatan Kecemasan sahaja dibuat di Ibu Pejabat YAKIN. Transformasi ini dibuat bagi memudahkan pemohon-pemohon yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur untuk membuat permohonan bantuan. Manakala permohonan Bantuan Pendidikan dan Bantuan Perubatan Kecemasan perlu dibuat di Ibu Pejabat YAKIN kerana cek bantuan perlu disediakan dengan segera. Bagi Bantuan Pendidikan, pembayaran yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) mempunyai tarikh tutup pembayaran manakala bagi Bantuan Perubatan Kecemasan, pemohon memerlukan peralatan pembedahan dengan segera untuk merawat kesakitan atau penyakit.

 

Sepanjang tempoh penubuhan YAKIN, pelbagai program dan aktiviti yang membantu masyarakat telah dijalankan. Bantuan YAKIN terbahagi kepada 4 kategori iaitu Bantuan Kebajikan, Bantuan Pendidikan, Bantuan Perubatan dan Bantuan Keagamaan, NGO, Surau, Madrasah atau Persatuan seperti berikut :

Print Friendly